Makanan tradisional kaum cina di Malaysia
Kaum cina di Malaysia mempunyai banyak makanan tradisional.Makanan-makanan tradisional ini sangat unik dan bersejarah.Saya akan memperkenalkan pelbagai makanan tradisonal kaum cina di Malaysia.
Tang Yuan ialah suatu makanan yang dibuat dengan tepung pulut.Kaum cina akan makan Tang Yuan pada malam akhir tahun atau Chap Goh Meh mengikut tradisi.Makanan ini biasanya berasa manis.Makanan ini bermaksud tersirat ahli keluarga berkumpul bersama-sama dan harmoni.
Bak Kut Teh berasal dari Malaysia.Makanan ini mempunyai daging dan supnya dimasak dengan pelbagai perubatan tradisonal Cina.Makanan ini berasa sedikit pahit tetapi segar dan manis selepas itu.Makanan ini membawa faedah kepada kita kerana makanan ini boleh membantu kita tonik dan membangkitkan semangat kita.
Kuih Bulan
Kuih bulan berasal dari China.Kuih Bulan bersaiz bulat bermaksud bulan yang bulat pada hari itu.Kaum cina akan makan kuih bulan pada “mooncake festival”.Kuih Bulan biasanya berasa manis atau masin.Kuih Bulan biasanya berisi dengan kuning telur asin,kaya atau buah badam.
Nasi Ayam
Makanan ini memang popular dalam kalangan rakyat.Makanan ini mempunyai nasi dan ayam,dan biasanya akan pemadanan dengan sos cili.Makanan ini berasal dari kaum cina Malaysia,kaum lain juga suka akan Nasi Ayam ini.Nasi Ayam bukan sahaja boleh makan dengan ayam,juga boleh makan dengan daging yang lain.
Kesimpulannya,Malaysia mempunyai banyak makanan tradisional yang unik.Kita mestilah bekerjasama untuk memastikan makanan tradisional ini dapat diwarisi.